Wednesday, 22 November 2017

Satu tinta.



Rindu nak bertinta seperti dulu. Asalnya nak menghantar assignment dan kertas kerja kat kawan. Akhirnya Allah detikkan untuk 'ziarah' laman yang dah lama sepi tanpa kata. huhu
Penulisan dahulu yang cukup dirindui. Ku baca satu persatu dan ku hadam setiap makna yang tersurat dan tersirat. Perkataan rindu takkan pernah habis. 

Rindu akhawat.
Rindu suasana Jordan.
Rindu suasana Mesir.
Rindu segala kenangan.

Kerana setiap kenangan itu ada tarbiyyah tersendiri dari Allah. Dan takkan sama tarbiyyah itu walaupun mungkin kejadian yang sama berulang.

Alhamdulillah 'ala kulli hal atas segala nikmat yang Allah bagi. Bersama dengan seorang cahaya mata penyeri kami berdua, 'Ayyash Al-Bayhaqi menjadi penguat semangatku tika berjauhan dengan suami tercinta. Perkahwinan jarak jauh yang paling lama sudah tentu ada tarbiyyah tersendiri yang Allah nak bagi. 

Terima kasih tak terhingga kepada suami sebab selalu bagi sokongan yang tak putus-putus untuk terus kuat menjadi seorang isteri,anak,pelajar,pendidik dan juga seorang ibu kepada seorang anak yang tercinta. Dan kekuatan terbesar juga datang dari Allah yang meminjamkan segala nikmat-nikmat-NYA.

Sekiranya ditanyakan apa yang paling diharapkan saat ini..

Ku ingin kekuatan yang tak putus dari Dia. Walau sesukar mana harus ku lalui,walau seperit mana ku terpaksa hadapi,moga Allah sentiasa pandu hati ini untuk menjadi kesayangan Dia. Ameen..











No comments:

Post a Comment