Saturday, 24 February 2018

25 tahun

Alhamdulillah thumma alhamdulillah bini’mati tatimmussolihat.

Genap berusia 25 tahun harini. Allah pinjamkan segala nikmat dan segala ujian yang sudah pasti tanda Allah sayang. Bila ditanya apa yang paling best dalam hidup? Bilamana orang lain mendoakan kebaikan kita. Dan pada hari lahir, ramai yang tak putus putus mendoakan kebaikan kita. Moga rahmat Allah terus mengiringi.

Terima kasih Tuhan atas anugerah yang terindah dalam hidup. Semoga segalanya dikembalikan dalam bentuk amal kebajikan sebagai tanda syukur atas segala pinjaman dari-Nya.

Ya Allah,Engkau berkatilah usiaku seiring kehidupan. Berikan aku kekuatan untuk terus melakukan amal kebajikan. Berikan aku rasa syukur atas segala nikmat dan ujian. Moga moga tergolong dalam golongan orang yang menjadi kesayangan Tuhan. Ameen ya Rabb.



Wednesday, 22 November 2017

Satu tinta.



Rindu nak bertinta seperti dulu. Asalnya nak menghantar assignment dan kertas kerja kat kawan. Akhirnya Allah detikkan untuk 'ziarah' laman yang dah lama sepi tanpa kata. huhu
Penulisan dahulu yang cukup dirindui. Ku baca satu persatu dan ku hadam setiap makna yang tersurat dan tersirat. Perkataan rindu takkan pernah habis. 

Rindu akhawat.
Rindu suasana Jordan.
Rindu suasana Mesir.
Rindu segala kenangan.

Kerana setiap kenangan itu ada tarbiyyah tersendiri dari Allah. Dan takkan sama tarbiyyah itu walaupun mungkin kejadian yang sama berulang.

Alhamdulillah 'ala kulli hal atas segala nikmat yang Allah bagi. Bersama dengan seorang cahaya mata penyeri kami berdua, 'Ayyash Al-Bayhaqi menjadi penguat semangatku tika berjauhan dengan suami tercinta. Perkahwinan jarak jauh yang paling lama sudah tentu ada tarbiyyah tersendiri yang Allah nak bagi. 

Terima kasih tak terhingga kepada suami sebab selalu bagi sokongan yang tak putus-putus untuk terus kuat menjadi seorang isteri,anak,pelajar,pendidik dan juga seorang ibu kepada seorang anak yang tercinta. Dan kekuatan terbesar juga datang dari Allah yang meminjamkan segala nikmat-nikmat-NYA.

Sekiranya ditanyakan apa yang paling diharapkan saat ini..

Ku ingin kekuatan yang tak putus dari Dia. Walau sesukar mana harus ku lalui,walau seperit mana ku terpaksa hadapi,moga Allah sentiasa pandu hati ini untuk menjadi kesayangan Dia. Ameen..











Friday, 10 February 2017

Throwback 1.0

Irsal 3.0


Geng 'gosip'  haha


Rindu moment ni :'(


walimah kak wa (:



adik manis kak um (:

Temani aku TUHAN









Gambar ini mengingatkan diri tentang satu peristiwa. Dalam banyak banyak gambar, gambar ini cukup mengesani hati yang kadangkala terlalu leka.

Tuhan,pimpin diri ini menggapai redha-MU.





Saturday, 23 July 2016

Tarbiyyah di Mesir

     

Bila yang  tertulis untukku adalah yang terbaik untukku.



Mengimbau satu persatu kenangan yang dilalui di bumi tarbiyyah jordan. Itulah kenangan yang terindah dalam hidupku setelah aku menemui matlamat besar dalam hidupku. Setelah aku melalui fasa-fasa genting untuk menjadikan seorang 'aku' kini. Alhamdulillah for everything. (:




Dan kini fasa itu terus berjalan hari demi hari. Yang berbezanya adalah kini aku berada di bumi anbiya' mesir. Ya,begitu berbeza biahnya. Menjadikan aku terus berfikir dan berfikir setiap fasa yang dilalui takkan pernah sama dan mesti ada tarbiyyah besar yang Allah hadiahkan untuk diri ini. Namun, walau berbeza biahnya, tarbiyah dzatiyah perlu diperkukuhkan. Kerna itu bekalan untuk menguatkan diri.

Berbezanya di bumi ini alhamdulillah Allah hadiahkan seorang suami yang sangat memahami dan terus memberi sokongan dan dorongan utk menghadiri usrah. Kalau dulu kat jordan jalan kaki je 'public transport' nya. Tapi tidak di mesir. Suami akan hantarkan dengan motor merahnya dan perjalanan hampir memakan masa 20 minit kalau tak jem. Kalau jem memakan masa hampir 30 minit jugak sbb suami bawak sgt berhati-hati (xleh pecut sbb kereta kat mesir ni dorg bwak langsung xde undang2 lagi teruk dr jordan) selalu selawat je byk2 kalau naik motor. Dgn jalan yang penuh lubang2 dan org melintas kadang-kadang tak tgk kiri kanan ya Rabb. Sabar jelah.

Terus terfikir kalau akhawat lain nak pergi usrah lagilah perlukan kesabaran yang tinggi 😭 berhimpit dengan arabnya dan perjalanan yang agak jauh bukan sebab jaraknya tapi sbb jem 😢.

Dan itulah pengalaman berharga buatku utk terus menghargai setiap moment2 yang Allah hadiahkan untuk diri ini. Semestinya sbg persiapan utk berada di medan sebenar nanti. Ya, fasa itu akan terus berjalan dan berjalan tanpa menoleh ke belakang dan kitalah yang kena kuatkan diri utk menghadapi hari mendatang.

Pernah aku berdoa supaya dapat menuntut ilmu di bumi mesir ini dan alhamdulillah Allah kabulkan doaku dpt dtg ke sini kerana mengikut suami dan menjadi pendamping buatnya utk terus menghabiskan baki pengajiannya selama setahun lagi. Aku berada di sini kerana doaku yang dulu Allah kabulkan.. (:

Mungkin kita yang harini adalah apa yang kita doakan dulu :')



#rindunaktataplangitjordan :(

Tuesday, 3 May 2016

Syukur

 

 "Syukur tak perlu dihitungi malah perlu dimanifestasikan dengan amal yang berpanjangan"

huu dah lama tak update blog tapi segala kenangan yg berlalu tak mungkin akan terpadam di ingatan.
alhamdulillah utk segala nikmat dan ujian. Kerana keduanya akan terus silih berganti dalam kehidupan kita tak lain tak bukan supaya kita sedar kita hanyalah hamba-Nya di atas pentas lakonan dunia. :(

2 3 hari ni asyik duk throwback je zaman dlu dengan si akhi sebelah nih. hmm throwback zaman sekolah paling lawak. (haha tak habis taaruf lagi)  mmg taaruf takkan habis kan. So akan ada je perkara yang baru kita akan belajar bila dah berumahtangga. Ya, semestinya cabarannya lain berbanding hidup solo. Dan semestinya saling bersabar itu paling penting. Sebab?? hehe nak tahu kena kahwin dulu :P


ok.. btw, nak ucap terima kasih banyak banyak kat semua esp my beloved family yg susah payah dan bertungkus-lumus utk menjayakan walimah sa'adah dan tarmizi. dan anak sedara yang sangat excited bila tgk mak sedara dia nak kawen. padahal dah kawen tapi disebabkan time akad nikah dorang takde so time ni lah diorg excited. hihi. sorry anak sedara dan kawan2 jgk sbb akad nikah yg agak mengejutkan semua org. huu.. agak meyedihkan bila kawan-kawan takde time akad tapi Allah dah rancang dan itulah yg terbaik utkku. don't cry2 yang penting dah selamat semuanya alhamdulillah.

dan paling terharu utk cikgu-cikgu sbpi batu rakit yg sanggup dtg jauh jauh semata-mata nak tgk anak murid dia nih yang 'nikah senyap-senyap' haha. tapi walimah kteorg jemput je cikgu kehkeh. Soalan cliche utk kami, "korang ni bercinta kat sekolah senyap senyap eh" huhu. last last dua dua cakap dengan serentak. "tak cikgu,tak" haha adeh mmg ramai bertanyakan soalan yg sama. takpe kteorg dah biasa soalan cliche tuh :P

dan akhirnya kembalikan pada Dia yang satu. Pusing la satu dunia pun kalau itu jodoh kita memang akan bertemu walaupun kita dah banyak kali pusing ke tempat lain. Tapi kalau itu bukan jodoh kita, semestinya perancangan yang detail dan rapi sekalipun takkan terjadi disebabkan kuasa Allah yang mengetahui segala rahsia kehidupan kita. dan semuanya kembalikan pada Dia yang Maha Hebat perancangan-Nya.

sorry entry kali ni bukan nak cerita pasal jodoh sangat tapi pegangan kita kat perancangan Allah tu mesti kuat. Walau apa pun manusia nak cakap tapi satu je kena ingat, biar Allah je yang tahu semua dan hanya kepada Dia kita tawakkal. kita selalu cakap pasal tawakkal kan tapi bila dah terkena kat diri kita begitu sukar utk kita hadirkan perasaan tu tapi sekali kita cuba utk benar benar menghayati konsep tawakkal tu sungguh,itulah nikmat terindah yg sukar diungkapkan dengan kata-kata.

dan selama perjalanan itulah Allah uji aku dengan perasaan tawakkal. syukur atas nikmat dan ujian. (:

ok. dah. nak share sikit gambar walimah. hehe




tadaa....

ni outdoor dah.thanks to photographer yang power sgt ambik gambar kteorg.



await tangan si akhi tuh cam nak main nyorok nyorok je :P




terima kasih Allah utk perjalanan ini. (:

Thursday, 3 December 2015









inshaAllah bakal berkongsi cerita buat pedoman. 
nantikan kisah bersiri antara 2 negara!






-mtns-