Bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukku.
Mengimbau satu persatu kenangan yang dilalui di bumi tarbiyyah jordan. Itulah kenangan yang terindah dalam hidupku setelah aku menemui matlamat besar dalam hidupku. Setelah aku melalui fasa-fasa genting untuk menjadikan seorang 'aku' kini. Alhamdulillah for everything. (:
Dan kini fasa itu terus berjalan hari demi hari. Yang berbezanya adalah kini aku berada di bumi anbiya' mesir. Ya,begitu berbeza biahnya. Menjadikan aku terus berfikir dan berfikir setiap fasa yang dilalui takkan pernah sama dan mesti ada tarbiyyah besar yang Allah hadiahkan untuk diri ini. Namun, walau berbeza biahnya, tarbiyah dzatiyah perlu diperkukuhkan. Kerna itu bekalan untuk menguatkan diri.
Berbezanya di bumi ini alhamdulillah Allah hadiahkan seorang suami yang sangat memahami dan terus memberi sokongan dan dorongan utk menghadiri usrah. Kalau dulu kat jordan jalan kaki je 'public transport' nya. Tapi tidak di mesir. Suami akan hantarkan dengan motor merahnya dan perjalanan hampir memakan masa 20 minit kalau tak jem. Kalau jem memakan masa hampir 30 minit jugak sbb suami bawak sgt berhati-hati (xleh pecut sbb kereta kat mesir ni dorg bwak langsung xde undang2 lagi teruk dr jordan) selalu selawat je byk2 kalau naik motor. Dgn jalan yang penuh lubang2 dan org melintas kadang-kadang tak tgk kiri kanan ya Rabb. Sabar jelah.
Terus terfikir kalau akhawat lain nak pergi usrah lagilah perlukan kesabaran yang tinggi 😠berhimpit dengan arabnya dan perjalanan yang agak jauh bukan sebab jaraknya tapi sbb jem 😢.
Dan itulah pengalaman berharga buatku utk terus menghargai setiap moment2 yang Allah hadiahkan untuk diri ini. Semestinya sbg persiapan utk berada di medan sebenar nanti. Ya, fasa itu akan terus berjalan dan berjalan tanpa menoleh ke belakang dan kitalah yang kena kuatkan diri utk menghadapi hari mendatang.
Pernah aku berdoa supaya dapat menuntut ilmu di bumi mesir ini dan alhamdulillah Allah kabulkan doaku dpt dtg ke sini kerana mengikut suami dan menjadi pendamping buatnya utk terus menghabiskan baki pengajiannya selama setahun lagi. Aku berada di sini kerana doaku yang dulu Allah kabulkan.. (:
Mungkin kita yang harini adalah apa yang kita doakan dulu :')
#rindunaktataplangitjordan :(

