"Syukur tak perlu dihitungi malah perlu dimanifestasikan dengan amal yang berpanjangan"
huu dah lama tak update blog tapi segala kenangan yg berlalu tak mungkin akan terpadam di ingatan.
alhamdulillah utk segala nikmat dan ujian. Kerana keduanya akan terus silih berganti dalam kehidupan kita tak lain tak bukan supaya kita sedar kita hanyalah hamba-Nya di atas pentas lakonan dunia. :(
2 3 hari ni asyik duk throwback je zaman dlu dengan si akhi sebelah nih. hmm throwback zaman sekolah paling lawak. (haha tak habis taaruf lagi) mmg taaruf takkan habis kan. So akan ada je perkara yang baru kita akan belajar bila dah berumahtangga. Ya, semestinya cabarannya lain berbanding hidup solo. Dan semestinya saling bersabar itu paling penting. Sebab?? hehe nak tahu kena kahwin dulu :P
ok.. btw, nak ucap terima kasih banyak banyak kat semua esp my beloved family yg susah payah dan bertungkus-lumus utk menjayakan walimah sa'adah dan tarmizi. dan anak sedara yang sangat excited bila tgk mak sedara dia nak kawen. padahal dah kawen tapi disebabkan time akad nikah dorang takde so time ni lah diorg excited. hihi. sorry anak sedara dan kawan2 jgk sbb akad nikah yg agak mengejutkan semua org. huu.. agak meyedihkan bila kawan-kawan takde time akad tapi Allah dah rancang dan itulah yg terbaik utkku. don't cry2 yang penting dah selamat semuanya alhamdulillah.
dan paling terharu utk cikgu-cikgu sbpi batu rakit yg sanggup dtg jauh jauh semata-mata nak tgk anak murid dia nih yang 'nikah senyap-senyap' haha. tapi walimah kteorg jemput je cikgu kehkeh. Soalan cliche utk kami, "korang ni bercinta kat sekolah senyap senyap eh" huhu. last last dua dua cakap dengan serentak. "tak cikgu,tak" haha adeh mmg ramai bertanyakan soalan yg sama. takpe kteorg dah biasa soalan cliche tuh :P
dan akhirnya kembalikan pada Dia yang satu. Pusing la satu dunia pun kalau itu jodoh kita memang akan bertemu walaupun kita dah banyak kali pusing ke tempat lain. Tapi kalau itu bukan jodoh kita, semestinya perancangan yang detail dan rapi sekalipun takkan terjadi disebabkan kuasa Allah yang mengetahui segala rahsia kehidupan kita. dan semuanya kembalikan pada Dia yang Maha Hebat perancangan-Nya.
sorry entry kali ni bukan nak cerita pasal jodoh sangat tapi pegangan kita kat perancangan Allah tu mesti kuat. Walau apa pun manusia nak cakap tapi satu je kena ingat, biar Allah je yang tahu semua dan hanya kepada Dia kita tawakkal. kita selalu cakap pasal tawakkal kan tapi bila dah terkena kat diri kita begitu sukar utk kita hadirkan perasaan tu tapi sekali kita cuba utk benar benar menghayati konsep tawakkal tu sungguh,itulah nikmat terindah yg sukar diungkapkan dengan kata-kata.
dan selama perjalanan itulah Allah uji aku dengan perasaan tawakkal. syukur atas nikmat dan ujian. (:
ok. dah. nak share sikit gambar walimah. hehe
tadaa....

