Saturday, 5 September 2015

Hanya kerana DIA.




"hakikat jiwa yang terluka.

bukan hanya dibaca melalui titisan air mata."




kadang-kadang merenung kembali. untuk menjadikan seorang 'aku' yang berdiri sehingga kini...

bukannya mudah.

muhasabah demi muhasabah dilakukan seiring kekuatan dari akhawat yang berada di sekeliling,
dan yang paling penting kekuatan dari Pencipta yang 'setia' melihat hamba yang penuh kekhilafan untuk terus merubah diri. Jatuh lalu bangkit. Dan jatuh lagi, Kadang-kadang pada lubang yang sama. Namun Dia tetap memerhatikan diri ini. Tarbiyyah demi tarbiyyah 'dilemparkan'.
Semata-mata untuk melihat diri ini terus kental menapaki jalan yang penuh dengan fitnah dan onak duri.


teruslah melangkah. walaupun ujian datang bertubi-tubi.
teruslah melangkah walaupun hanya dengan langkahan kecil, kerana Dia sentiasa memandang amal hamba-NYA yang ikhlas kerana Dia.

Hanya kerana Dia
Untuk Dia,
dan kelak akan kembali pada Dia






Hanya Dia yang satu...
Lillahi ta'ala.